Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Workout Plan Aamir Khan Dalam Tempoh 9 Bulan Yang Menakjubkan

Artis terkenal Bollywood di India iaitu Aamir Khan. Beliau adalah salah seorang selebriti yang telah benar-benar menumpukan masa untuk senaman dan mencapai matlamat kecergasan dalam masa yang singkat.

Untuk filem Hindi Ghajini, Aamir khan telah mengabdikan 9 bulan masa untuk membina badan, menurunkan berat badan dan lain-lain lagi.

Transformasi yang dilakukan oleh beliau amat menakjubkan. Sebab utama pencapaian beliau adalah senaman yang betul dan pemakanan yang sihat.

Disini terdapat beberapa perkongsian bagaimana dan cara yang dilakukan oleh selebriti terkenal ini bagi mendapatkan bentuk badan yang sado dalam tempoh yang singkat.

Aamir Khan Workout Plan

Dengan melakukan sesi pemanas sahaja dapat mengelak daripada berlakunya kecederaan. Sesi pemanas badan dan tempoh bertenang yang seimbang akan membina otot yang sempurna.

Selepas selesai sesi pemanas badan, anda dikehendaki untuk melakukan latihan track dan latihan teras. Kemudian, mulakan latihan beban, saya telah dikategorikan latihan berat kepada 6 otot + Abs.

Kesemua latihan ini adalah untuk pelan senaman Aamir khan itu bagi menghapuskan kandungan lemak yang berlebihan daripada jisim badan dan otot tanpa kehilangan berat badan secara keseluruhan.

10 minit regangan, 40 minit abs serta sisi dan kemudian latihan beban.

Chest (Isnin)

  • Bench press
  • Incline Dumbbell press
  • Decline press
  • Dumbbell fly
  • Dumbbell pullover

Shoulder (Selasa)

  • Military Press
  • Front Shoulder Press
  • Seated Dumbell Press
  • Shoulder Press
  • Bent OverLateral Raise
  • Upright Row

Back (Rabu)

  • T-bar row
  • Seated cable row
  • Lat pull down front
  • Fronted Chin up
  • One arm dumbbell row
  • Deadlift (thicken up your traps)

 

Biceps (Khamis)

  • Barbell curls
  • Dumbbell curls
  • Preacher curls
  • Concentration curls
  • Wrist curl
  • Reverse curl

Triceps (Jumaat)

  • Short grip triceps press
  • Rope pull down
  • Cable Lying Triceps Extension
  • Dumbbell kickbacks
  • Dips behind the back

Leg (Sabtu)

  • Squat
  • Lunges
  • Leg press
  • Leg curl
  • Leg extension
  • Seated toe raise for calves

Aamir khan abs workout (8 packs)

  • Decline Crunches
  • Dumbbell side bends
  • Crossover crunches
  • Hanging leg raise
  • Seated knee up

Akhir sekali, pesan beliau kepada anda semua adalah perlu bekerja keras, makan bersih dan tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Tiada apa-apa boleh berlaku dalam sekelip mata. Hanya dengan latihan yang berterusan dan konsisten sahaja, badan anda boleh berubah.